Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah Meningkat Di Melaka

4 Oktober – Poligami tanpa kebenaran mahkamah di Melaka menjadi antara tiga kesalahan syariah yang merekodkan peningkatan kes dengan sebanyak 28 kes direkodkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, turut menunjukkan peningkatan adalah kesalahan di bawah Seksyen 35 kerana tidak hadir di depan pendaftar dalam masa ditetapkan dan Seksyen 40 iaitu kesalahan berhubung kad nikah pernikahan.

“Untuk kesalahan di bawah Seksyen 124 ini (poligami tanpa kebenaran mahkamah) terdapat peningkatan 13 kes berbanding tahun lalu yang hanya merekodkan 15 kes sahaja,” katanya.

#poligami #mahkamah #poligamitanpakebenaran #syariah #nikah #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

2 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy