23 September – Empat pegawai termasuk Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dikenakan tindakan tatatertib selepas didakwa cuai memasukkan gambar pemimpin politik di dalam video khutbah Jumaat, minggu lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan itu diambil berikutan kecuaian itu menimbulkan keresahan dan rungutan awam sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Islam khususnya.
“Kami memohon maaf atas kesilapan beberapa pegawai yang menyiapkan paparan dan info grafik berkenaan, tindakan tatatertib sudah diambil termasuk memberhentikan dan menukar perjawatan mereka ke jabatan serta daerah lain,” katanya.
#JAIM #JabatanAgamaIslamMelaka #khutbah #khutbahjumaat #excoagama #melaka #melakahariini #mhi #melakatv