21 September – Pelbagai usaha menangani hakisan pantai di Pengkalan Balak terus digerakkan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka bersama kontraktor telah mengemukakan pelbagai cadangan dan kaedah supaya isu ini diberi perhatian daripada hakisan ini terus berlaku.
“Antaranya adalah melebarkan pesisir pantai pada jarak 50 meter akan dilaksanakan untuk mengatasi permasalahan yang berpunca daripada pergerakan ombak.
“Pengunjung dan pelancong juga dinasihatkan agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan ini,” katanya.
🎥 Faiz Hasan
#PengkalanBalak #HakisanPantai
#Pantai
#hakisan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV
Views:
no views