19 Julai – Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan mengkaji kenyataan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang mengisytiharkan dirinya menyertai parti PAS pada Jun tahun lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penelitian perlu dibuat berpandukan undang-undang dan Peraturan daripada dua sudut berbeza iaitu melalui perlembagaan parti sebagai wakil rakyat yang mewakili parti serta Kerajaan Negeri sebagai ADUN sebelum memuktamadkan sebarang tindakan susulan.
Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka berkata, status ADUN Rembia itu juga akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan datang.
“Daripada sudut parti, tindakan beliau itu pasti akan memberi implikasi susulan akujanji yang telah beliau tandatangani ketika bersetuju untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 yang lalu,” katanya.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#Politik
#ADUNMelaka
#adunrembia
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV