17 Julai – “Hari ini nenek bersedekah, esok entah daripada mana nenek dapat kembali duit yang berlipat kali ganda,” kata seorang warga emas, Fatimah Md Yasin, 83 tahun.
Katanya, itulah hikmah bersedekah lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim sempena 10 Muharam yang tentunya dijanjikan ganjaran pahala Maha Esa.
Fatimah merupakan antara 100 penyumbang yang hadir pada Sambutan Anak Yatim 2024M Bersamaan 10 Muharam 1446H di Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
“Anak-anak yatim ini macam anak-anak sendiri. Macam mana perasaan kita tidak punya suami, begitu jugalah mereka yang tidak mempunyai ibu atau bapa,” kata Fatimah.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#MAIM
#MajlisAgamaIslamMelaka
#RAYSAS
#10muharam
#SambutanAnakYatim
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV