Bina RMM Ikut Permintaan

10 Julai – Projek perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) perlu membina perumahan itu berdasarkan jumlah permintaan berbanding kuota yang ditetapkan seperti sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, langkah itu bagi memastikan kuota rumah itu selari dengan permintaan seterusnya lebih ramai rakyat dapat memiliki rumah pada masa akan datang.

Mengikut rekod, sebanyak 654 unit Rumah Mampu Milik (RMM) serendah RM70,000 bakal disiapkan di Semujok, Jasin dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pembinaan RMM di kawasan seluas 2.023 hektar terletak di Mukim Merlimau melibatkan lima jenis perumahan mampu milik akan dibina di kawasan terbabit.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv 

#RMM
#RumahMampuMilik
#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

18 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy