13 Julai – Hampir 400 peserta berbusana menyertai perarakan Pesta Kebaya dan Busana Klasik @Melaka Heritage Festival Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-16 Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO di hadapan Bangunan Stadthuys, semalam.
Perarakan berbusana itu disertai oleh 10 agensi antaranya, Beca Klasik; Persatuan Pelancongan Negeri Melaka; Persatuan Peranakan Cina Melaka; Persatuan Basikal Tua; Kumpulan Etnik Portugis dan Persatuan Baba Nyonya Malaysia.
Penganjuran Pesta Kebaya dan Busana Klasik @Melaka Heritage Festival berupaya meningkatkan nilai martabat warisan budaya untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pesta itu juga dilihat sebagai usaha bagi menyokong inisiatif negara melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk mengangkat busana kebaya ke peringkat lebih tinggi.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#PestaKebaya
#BabaNyonya
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#TahunMelawatMelaka2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV