TYT, KM Hadir Majlis Iftar Bersama Polis Kontinjen Melaka

20 April – Polis Kontinjen Melaka meraikan seramai 70 penerima termasuk 26 anak yatim dan 44 orang balu dalam sebuah majlis iftar di Seri Temenggong, hari ini.

Dalam majlis itu, kesemua penerima yang dipilih menerima sumbangan berupa duit raya, bakul makanan kering dan produk mamee sempena Aidilfitri yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah dan lain-lain kenamaan.

#TYT
#PdrmMelaka
#KetuaMenteri
#TokLeman
#KerajaanNegeriMelaka
#BantuanMelaka
#Ramadan2022
#MelakaHariIni
#MHI

Views:

0 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy