9 Julai – Kerajaan Negeri mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkaitan kelantangan pembesar suara masjid ketika memberi ceramah, bacaan al-Quran, solat dan kuliah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu bagaimanapun akan diteliti daripada pelbagai sudut.
Katanya, sebagai Ketua Agama Islam, titah Sultan Ibrahim itu perlu dipatuhi semua negeri termasuk Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan.
“Kita sedang memperhalusi dan melihat daripada pelbagai sudut mengenai titah tuanku, kerana kita tahu tujuannya bagi menghargai keharmonian yang ada.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#Suara
#Masjid
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV