Pusat Pelancongan Swasta Tunjuk Minat Sertai Melaka Bila Larut Melaka

9 Julai – Terdapat pusat pelancongan swasta menunjukkan minat untuk turut serta merancakkan pelancongan menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam yang menawarkan kemasukan ke produk pelancongan pada harga istimewa pada Sabtu pertama setiap bulan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Kerajaan Negeri telah membuka pelawaan kepada pengusaha produk pelancongan swasta yang ada di negeri ini dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Insya-Allah kita akan umum penyertaan syarikat-syarikat swasta ini dalam masa terdekat selepas mendapat pengesahan,” katanya pada sidang media Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TMM2024
#VisitMelaka2024
#TahunMelawatMelaka2024
#SidangDUN
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy