Paramedik Komuniti: Anjakan Paradigma Sistem Kesihatan Di Desa

3 Julai – Perkhidmatan Paramedik Komuniti di desa merupakan satu bentuk anjakan paradigma yang berfungsi sebagai bantuan kecemasan awal dan sokongan moral kerajaan negeri dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat secara percuma.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini, seramai 130 sukarelawan Paramedik Komuniti telah lulus latihan bersedia membantu pesakit atau memberi bantuan kecemasan awal.

“Saya juga mencadangkan sebahagian klinik desa dapat menempatkan Paramedik Komuniti dalam menempatkan kecekapan perkhidmatan,” katanya selepas program 6th National Paramedic Emergency Update Melaka 2024 (IPREMIUM) ‘Heartbeats and Heroes: Empowering The Next Generation of Paramedics’ di Auditorium Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#ParamedikKomuniti
#Paramedik
#Komuniti
#KKM
#KlinikDesa
#kesihatanmelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy