24 Jun – Kesemua anjing terbiar yang ditangkap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan diletakkan di kawasan penyimpanan haiwan terbiar MBMB di Batu Berendam.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, MBMB bertindak atas aduan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) giat menjalankan aktiviti bagi menguruskan anjing terbiar menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat setempat.
“Kita juga mahu berterima kasih kepada pihak NGO yang prihatin terhadap nasib haiwan terbiar. Anjing terbiar ini pihak MBMB akan beri kepada NGO terpilih untuk dirapikan, dijaga kesihatan serta pelbagai lagi,” katanya.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#MajlisBandarayaMelakaBersejarah
#MBMB
#AnjingTerbiar
#AnjingLiar
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV