19 Jun – Seramai 3,000 orang dijangka memeriahkan Program Korban dan Kenduri Rakyat 2024 anjuran Japerun Sungai Rambai bersama UMNO Bahagian Jasin di Masjid Al-Mukminun, Seri Mendapat hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Azis berkata, sebanyak lima ekor lembu, dua ekor kambing dan 150 ekor ayam dikorbankan pada hari ini sempena program tersebut.
Katanya, penduduk sekitar kawasannya juga mengambil bahagian mengadakan gotong-royong melapah daging sebelum memasak dan dijamu kepada pengunjung yang datang.
Program itu turut dihadiri Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh.
Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv
#Aidiladha
#Korban
#kenduriRakyat
#SungaiRambai
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV