Agong Berkenan Cemar Duli Ke Jamuan Teh

14 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Melaka di Dataran Pengkalan Rama, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 5.30 petang itu disambut Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Jamuan Diraja itu difahamkan dihadiri kira-kira 1,200 rakyat Melaka.

Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda berkenan menyumbangkan 500 bakul makanan kepada asnaf menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Jamuan tersebut turut diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka, Institut Warisan Melaka (INSWA), Briged Seni Melaka serta pelajar dari beberapa buah sekolah yang diiringi Kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#DaulatTuanku
#Agong
#JamuanTeh
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

11 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy