14 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli melawat ke sekitar Bangunan Stadthuys, hari ini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda pada jam 6.30 petang itu diiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Sultan Ibrahim difahamkan meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat ke sekitar lokasi pelancongan popular Negeri Melaka.
Pada lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang diadakan sebagai penyeri Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv
#Agong
#DaulatTuanku
#BandaHilir
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV