Agong dan Permaisuri Terima Menghadap Barisan Pemimpin Kerajaan Negeri

22 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Hotel Doubletree bagi menerima menghadap barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Ketibaan baginda berdua di perkarangan lobi hotel berkenaan pada jam 12.12 tengah hari disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama menyambut ketibaan pasangan diraja itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri, Datin Seri Utama Munira M Yusop serta kenamaan lain.

Al-Sultan Abdullah dijadual berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat, Melaka bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

#Agong
#YDPA
#PermaisuriAgong
#DaulatTuanku
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI

Views:

0 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy