18 April – Melaka terus menjadi destinasi pilihan syarikat antarabangsa apabila menerima pelaburan baharu berjumlah RM958 juta menerusi pembangunan kilang menghasilkan plastik Polietilena Tereftalat (PET) bahan kitar semula di Taman Perindustrian HICOM, Pegoh.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kilang itu dijangka siap menjelang suku kedua 2025.
Katanya, pelaburan daripada FE Green Pet (M) Sdn Bhd (FMGP) merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Far Eastern (FEG) berpangkalan di Taiwan dibangunkan di tapak seluas 14.56 hektar itu juga bakal mewujudkan sehingga 500 peluang pekerjaan baharu.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#Pelaburan
#PelaburanMelaka
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV