Dak Nor Kongsi Rezeki Bantu Adik Nur Khayla
19 Mac – Dikategorikan sebagai golongan asnaf tidak menghalang Dak Nor atau Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 40 tahun tampil menyumbangkan RM2,000 kepada adik Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham, 19 bulan, yang menderita penyakit kegagalan fungsi hati atau Biliary Atresia (BA).
Katanya, sumbangan kecil itu adalah disifatkan sebagai amanah Allah SWT daripada sokongan orang ramai yang membeli kuih mi siput jualannya.
“Nor percaya dalam rezeki setiap jualan Nor, ada rezeki orang lain yang memerlukan.
“Nor tergerak hati selepas melihat video penderitaan adik Khayla yang memerlukan RM250,000 untuk kos pembedahan kerana adik Khayla masih kecil, Nor tak sampai hati,” katanya.
Terdahulu, penyampaian sumbangan kepada ibu adik Nur Khayla, Noreen Ismail turut disaksikan Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#NurKhayla
#DakNor
#prihatin
#sumbangan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV