Piala Emas Khir Johari: Melaka Mahu Akhiri Kemarau 39 Tahun

19 Januari – Melaka bertekad mahu mengakhiri kemarau 39 tahun untuk menjulang piala kejohanan sepak takraw tertua dunia, Piala Emas Khir Johari yang membuka tirai 22 Januari ini.

“Sudah hampir 40 tahun Melaka kehilangan Piala Emas Khir Johari, tapi saya yakin dengan kesungguhan ditunjukkan pemain, komitmen jawatankuasa dan pemimpin-pemimpin negeri kita mampu menjelmakan sesuatu.” Yang Dipertua Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemain Melaka yang akan menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Ke-57 Tahun 2024 malam tadi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KejohananSepakTakraw
#Melaka
#MelakaHariIni
#MelakaTV
#MTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy