2 November – Menjadikan rakyat di DUN Pengkalan Batu sifar daripada kemiskinan adalah sasaran diletakkan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Noordin sehingga penghujung tahun ini.
Justeru, dalam usaha ke arah itu, pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus menjejaki golongan asnaf dan kurang bernasib baik menerusi aktiviti turun padang bagi mengenal pasti golongan ini agar dapat dibantu.
Terdahulu, seramai 40 orang asnaf di Pengkalan Batu menerima sumbangan zakat daripada Telekom Malaysia (TM) Melaka di Kompleks Japerun Pengkalan Batu, hari ini.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#PengkalanBatu
#Asnaf
#Zakat
#TM
#telekommalaysiamelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV