4 Fokus Townhall Bajet 2024 Negeri Melaka

12 September – Melaka menggariskan lapan fokus utama dalam Bajet 2024 Negeri Melaka antaranya membangunkan Melaka sebagai pusat kecemerlangan program Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), memperkasa sektor pelancongan melalui penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) serta menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur.

Fokus turut tertumpu kepada menyediakan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan serta menyegerakan pendigitalan 4G dan 5G.

Turut diberi fokus, meningkatkan prestasi anak syarikat Kerajaan Negeri, memperkasakan inisiatif di bawah pentadbiran Ketua Menteri dan membudayakan seni, warisan dan budaya Negeri Melaka.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Bajet2024
#bajet
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy