Teroka Belantara Paya Lebar Melaka

10 Jun – Menawarkan suasana pelancongan yang unik dengan cara menyelusuri sungai dan meredah hutan paya bakau menjadikan lokasi ini semakin mendapat perhatian pengunjung.

Mana lagi kalau bukan di ekopelancongan Paya Lebar, Masjid Tanah yang mempunyai potensi besar dalam memacu industri pelancongan negara ini.

Lebih-lebih lagi dengan kemudahan bot pelancong dan jeti pengkalan nelayan yang telah dinaik taraf pastinya memberikan keselesaan buat pengunjung.

Jom teroka khazanah hutan paya bakau ini bersama wartawan Melaka TV, Faris Haikal Zakaria serta jurukamera Aufa ‘Izzati dan Sony Ikmal.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PayaLebar
#RamuanChinaBesar
#LubokChina
#ekopelancongan
#ecotourismmelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy