13 Mei – Kerlipan cahaya berwarna-warni pada Sambutan Hari Perbandaran, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Ke-20 menyaksikan kemeriahan apabila ia diadakan dalam bulan Syawal.
Majlis yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam malam tadi itu dihadiri kira-kira 8,000 pengunjung termasuk barisan pemimpin Kerajaan Negeri Melaka.
Masih mengekalkan ‘mood’ raya, tetamu turut dihidangkan juadah raya seperti lemang, rendang ayam, kuah lodeh, sate, mi goreng dan cendol.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#MPAG
#MajlisPerbandaranAlorGajah
#SambutanHariPerbandaran
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV