Nabil Rindu Papa

6 Mei – Hati isteri mana tidak sayu mengenangkan pemergian suami tercinta pada akhir-akhir Ramadan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sudahlah segala persiapan sudah dibuat. Daging, ayam dan bahan-bahan masakan sudah dibeli malah Sazali Mohamad (arwah suami) telah membuat persiapan awal iaitu 10 hari sebelum Aidilfitri, kata isteri, Nur Aleeza.

Paling hiba, anak bongsu arwah, Nabil yang berusia 3 tahun kerap kali mencari-cari kelibat ayahnya pada pagi Hari Raya.

Semalam, Aleeza berkongsikan detik menyayat hati itu selepas menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin yang dihadiri Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Siti Faizah Abdul Azis, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Pengarah Perkeso Melaka, Abd Razak Omar.

Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam pada 18 April, Sazali Mohamad, 36 yang menunggang motosikal maut selepas merempuh seekor kerbau ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Tanjung Bidara.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#Syawal2023
#AlFatihah
#MeninggalDunia
#SolokDuku
#PerkesoPrihatin
#Mencarum
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy