31 Mei – Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia, Mohd Ali Mohd Rustam pagi ini merasmikan Majlis Perasmian Menara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berpusat di Ayer Keroh selepas hampir 40 tahun beroperasi di Bandar Kaba.
Majlis perasmian itu turut disaksikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama, Sulaiman Md Ali, Pengerusi TNB, Datuk Seri Hassan Arifin, dan lain-lain kenamaan.
#TYT
#TNB
#TenagaNasionalBerhad
#MelakaHariIni