14 Oktober – Pembinaan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin dengan peruntukan sejumlah RM40 juta mampu membekalkan air bersih kepada 26,000 pengguna berdaftar di kawasan Jasin dan Merlimau.
Loji itu dibina dengan kapasiti 30 juta liter sehari menggunakan sistem kompak dengan keluasan kira-kira 0.20 hektar.
Terdahulu, Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 Jasin yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob dengan diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#LojiAirChinChin
#LojiRawatanAirMelaka
#SAMB
#MelakaHariIni
#MelakaTV