TYT Rasmi Galeri Warisan Kota Melaka

6 Ogos – Terdahulu, simbolik perasmian galeri berkenaan disempurnakan dengan lafaz perasmian Galeri Warisan Kota Melaka oleh Tun Mohd Ali, seterusnya menyempurnakan paluan gong sebanyak tiga kali.

Antara kenamaan yang hadir termasuklah Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Santhara J.P dan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengikut rekod, Galeri Warisan Kota Melaka ditubuhkan sebagai kesinambungan daripada hasil penyelidikan dan ekskavasi arkeologi yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara sejak tahun 2007.

Ia susulan penemuan beberapa rangka manusia, jumpaan pelbagai artifak sejarah serta jajaran dan tembok Kota Melaka.

Ikuti kami di Telegram Melaka TV ⬇️
https://t.me/melakatv

#KerajaanNegeriMelaka
#MagicOfTheNight
#GaleriKotaWarisan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

47 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy