30 Julai – Seramai 13 penerima diraikan menerusi Anugerah Khas Tokoh-Tokoh Maal Hijrah 1444H atas sumbangan terhadap pembangunan Islam di Melaka.
Terdahulu, majlis itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Mufti Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan lain-lain kenamaan.
Pada kesempatan itu, Sulaiman turut mengajak rakyat agar menghayati pengajaran daripada kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW.
#MaalHijrah
#SalamMaalHijrah
#TokohMaalHijrahMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV