Melaka Sasar Jadi Negeri Pintar Berkelas Dunia

16 Julai – Melaka terpilih antara sembilan bandar raya dalam Asia Tenggara yang terbabit dalam UK Future Cities Programme.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia merupakan pencapaian membanggakan bagi mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu, Makmur, Inklusif dan Malaysia Mampan, selain membangunkan kestabilan dan pemeliharaan warisan yang terdapat di negeri ini.

Terdahulu, Sulaiman tiba mengiringi Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, TYT Charles Hay MVO memasuki Dewan Perzim, Muzium Rakyat kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dalam majlis sama, Ketua Menteri juga sempat menyempurnakan Pelan Induk Pelaksanaan Pengangkutan Hijau Melaka seperti produk e-skuter dan e-basikal beserta dua aplikasi, “Just- Naik” dan ‘TRYKE’.

Hadir sama ke majlis tersebut, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh, dan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

#UKFutureCitiesProgramme
#PTHM
#MelakaHijau
#MelakaHariIni
#MHI
#media

Views:

4 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy