4 Disember – Lebih 20 produk Melaka kini berjaya menembusi pasaran antarabangsa hasil pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha berterusan untuk memperkasakan usahawan tempatan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, keluaran usahawan Melaka berkenaan melibatkan produk seperti makanan, farmaseutikal dan elektronik yang kini dipasarkan ke China, United Kingdom, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia, Dubai dan Arab Saudi.
🎥 Fitri Shareena Rahim
#anugerahusahawan #usahawan #antarabangsa #melaka #mhi #melakaharini #melakatv