AARON CHIA, CHEONG MIN DINOBAT OLAHRAGAWAN, OLAHRAGAWATI MELAKA
10 November – Pemain badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia Teng Fong dan atlet wushu, Tan Cheong Min, dinobatkan sebagai Olahragawan serta Olahragawati Melaka 2023/2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-39.
Tahniah diucapkan atas pengiktirafan diterima!
🎥 Zaidi Yaacob
#sukan #AnugerahSukanMelaka #Olahragawan #Olahragawati #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV