7 November – Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) yang dianjurkan pada 13 November ini bakal menyantuni serta menyelesaikan permasalahan dan aduan rakyat.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, berbeza dengan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), HEBAT membolehkan rakyat dari seluruh Melaka untuk bertemu kesemua Exco Kerajaan Negeri bersama agensi terlibat bagi menyuarakan pelbagai aduan atau masalah.
🎥 Zaidi Yaacob
#hebat #masalah #aduan #rakyat #exco #kerajaan #negeri #mhi #melakahariini #melakatv