7 November – Naratif sejarah baharu Melaka bakal dibina semula menerusi penemuan artifak-artifak dan rangka kapal purba dipercayai berusia ratusan tahun di kawasan berhampiran Pulau Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penemuan tersebut boleh dijadikan satu bahan bukti bahawa sejarah yang ada ketika ini mungkin telah dipesongkan atau dialih fakta sebenarnya.
Malah, ujar beliau, ia juga dapat memberi gambaran bermakna mengenai sejarah kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu.
🎥 Faiz Hasan & Hasbullah Azhar
#sejarahmelaka #kapal #artifak #perzim #melakahariini #melakatv #mhi