MELAKA SAHUT AGENDA DIGITAL NEGARA MELALUI PEMBANGUNAN DATA

5 November – Pelaksanaan beberapa inisiatif strategik berkaitan pembangunan data membuktikan Melaka memanfaatkan teknologi itu selari dengan agenda digital negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan inisiatif strategik itu dapat diolah bagi memberi nilai tambah kepada pembangunan teknologi data di Negeri Hang Tuah ini.

Ia dapat dilihat menerusi beberapa inisiatif strategik seperti Melaka Big Data Development Plan 2035; The Smart Melaka Blueprint 2035, dan The Melaka Digital Command Centre (MD2C).

🎥 Fitri Shareena Rahim

#Digital #Data #MD2C #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy