KURSUS KAHWIN PERCUMA BANTU 5,000 ANAK MUDA KE ALAM RUMAH TANGGA

1 November – Bagi membantu mempersiapkan diri melangkah ke alam rumah tangga, Kerajaan Negeri Melaka menyediakan inisiatif Kursus Pra-Perkahwinan Percuma buat 5,000 anak muda Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, insentif itu melibatkan peruntukan berjumlah RM594,000 yang diumumkan pada Bajet 2025 Negeri Melaka.

Setakat ini, seramai 3,600 anak muda telah menyertai kursus perkahwinan percuma ini dan Kerajaan Negeri terus memberi peluang kepada 1,400 peserta lagi di seluruh Negeri Melaka sehingga hujung tahun ini untuk turut menikmati insentif ini,” katanya.

šŸŽ„ Aufa ‘Izzati

#kursuskahwinpercumaĀ  #kursuskahwinmelaka #persiapanrumahtangga #maimholdings #puteriumnobahagianmasjidtanah #kerajaannegerimelaka #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy