KAPAL ABAD KE-13 DITEMUI DI PULAU MELAKA?

31 Oktober – Rangka kapal dipercayai dari abad ke-13 ditemui di Pulau Melaka hasil ekskavasi yang dijalankan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bersama Jabatan Warisan Negara.

Timbalan Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara Ruzairy Arbi berkata, hasil ekskavasi yang dijalankan, beberapa komponen kayu kapal telah ditemui, antaranya seperti badan dan lantai kapal.

Setakat ini, kawasan ekskavasi seluas 12×12 meter itu berkemungkinan akan diperluaskan lagi bagi mengeluarkan tinggalan-tinggalan yang masih ada.

🎥 Alya Atiqah & Nurul Asyiqin

#kapal #melayu #melaka #malaysia #pulaumelaka #artifak #sejarah #mhi #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy