17 Disember – Pelbagai pencapaian telah dilaksanakan Perbadanan Melaka (MCORP) dalam usaha membangunkan semula terutama dalam aspek pelaburan dan pembangunan ekonomi di bawah seliaan perbadanan itu.
Menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan MCORP Bagi Bulan November 2024, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata, pembangunan semula Panggung Bangsawan dan beberapa premis perniagaan di Banda Hilir telah membawa kepada peningkatan ekonomi dan kemasukan pelancongan di Negeri Melaka.
Selain itu, katanya Melaka turut menerima peningkatan kemasukan pelaburan ke negeri ini berbanding tahun lalu.
🎥 Hasbullah Azhar
#mcorp #perbadananmelaka #perhimpunanbulananmcorp #melaka #ayerkeroh #mitc #melakahariini #melakatv #mhi #abraufyusoh #manalagimelakaler