Majlis Makan Malam kukuhkan Hubungan Kerajaan Negeri Melaka dengan PDRM

14 Disember – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meraikan wira dan wirawati negara pada Majlis Makan Malam Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Tanah, malam tadi.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Majlis itu bertujuan mengeratkan silaturrahim sekali gus dapat memperkukuhkan hubungan Kerajaan Negeri Melaka dengan PDRM dalam mengekalkan keamanan yang dikecapi sehingga ke hari ini.

#pdrm #polis #PolisDirajaMalaysia #KerajaanNegeriMelaka #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy