16 Disember – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjemput Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka untuk menjadi sebahagian sukarelawan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Dunia 2025 (WTC2025).
Mengulas lanjut, Ketua Menteri berkata perbincangan akan dilakukan bersama sekretariat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membolehkan penyertaan sukarelawan dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Melaka.
#Melaka #WTD #WorldTourismDay #HariPelanconganDunia #pelancongan #tahunmelawatmelaka2024 #melakahariini #mhi #melakatv