15 Disember – Kesemua tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM30,000 daripada Kerajaan Negeri Melaka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan itu bagi membolehkan keluarga polis yang memerlukan bantuan dapat dibantu dan disantuni sebaiknya.
“Dengan sumbangan RM10,000 bagi setiap IPD itu diharap dapat menyantuni bukan sahaja pesara-pesara polis yang memerlukan bantuan tetapi juga anak polis,” katanya.
🎥 Hasbullah Azhar
#IPD #polis #ibupejabatpolis #sumbangan #pdrm #melaka #melakahariini #mhi #melakatv
Views:
1 view