FESTIVAL SELAT MELAKA ‘SERAMPANG DUA MATA’ PROMOSI PELANCONGAN

27 Oktober – Festival Seni Selat Melaka menghimpunkan 11 acara meliputi pelbagai cabang seni dan budaya berjaya menggamit kedatangan pengunjung dan pelancong ke bumi bertuah, Melaka ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran acara ikonik itu disifatkan sebagai strategi ‘serampang dua mata’ mempromosikan sektor pelancongan negeri ini.

Justeru katanya, kerajaan Negeri amat mengalu-alukan dan sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sekiranya festival itu dijadikan sebahagian daripada acara pelancongan Negeri Melaka pada setiap tahun.

Mengikut rekod, Melaka mencatatkan kehadiran 11.25 juta pelancong setakat September 2024.

#pelancongan #SungaiMelaka #FestivalSungaiMelaka #MelakaRiverCruise #FestivalSeniSelat #FestivalSelat #SelatMelaka #ManaLagiMelakaLer #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy