GERMAN TECHNOLOGY PARK GTP,IKON INDUSTRI BAHARU MELAKA

15 Oktober – Taman Teknologi Jerman atau German Technology Park (GTP) yang akan dibangunkan di tanah seluas 186.15 hektar (460 ekar) di Ayer Keroh bakal menjadi sebuah kawasan perindustrian bertaraf dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kewujudan GTP di kawasan strategik iaitu berhampiran dengan pintu masuk Melaka akhirnya akan menjadikan Melaka sebagai ikon industri baharu.

Katanya, GTP juga berupaya membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada anak Melaka termasuk kepada pelajar-pelajar lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

#GermanWeek2024 #GTP #GermanTechnologyPark #DeutscherBrandSummit2024 #manalagimelakaler #visitmelaka2024
#MelakaInternationalTradeCentre #MITC #German #Melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Views:

31 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy