SEMINAR MEKAR KELUARGA RAHMAH MAIM

26 Julai – Program tahunan diperkenalkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sejak 2010 yang dijenamakan semula sebagai Seminar Membina Keluarga Rahmah (MEKAR) 2024 itu berupaya membantu golongan asnaf menyuntik kesedaran dan kefahaman bagi membina sebuah institusi keluarga bahagia.

Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Zuraini Bibi Mohamed Yusoff berkata, seminar itu dianjurkan mengikut pecahan daerah dan Melaka Tengah merupakan penganjurannya pada kali pertama tahun ini.

“Seramai 58 buah keluarga asnaf Daerah Melaka Tengah telah dihimpunkan mengikuti pelbagai perkongsian mengenai keluarga,” katanya. 

Ditanya kepada peserta, Hisham Alias, 43 yang hadir bersama isteri, Zuraidah Mohd Ali, 37 berkata, paling menarik apabila MEKAR turut mendedahkan dirinya mengenai aspek Pengurusan kewangan yang bijak.

“Baguslah MAIM buat begini sebab kita dapat menambah baik pengurusan keluarga dan mengenali rakan-rakan baharu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MAIM
#MajlisAgamaIslamMelaka
#MEKAR
#asnaf
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy