Pengasuh Sumbat Botol Susu, Tekup Anak Dengan Bantal – Bapa

7 September – Sudah 13 tahun menanti cahaya mata pertama namun siapa sangka kejadian menyayat hati ini merampas kebahagiaan mereka sekelip mata.

Begitulah pilunya ibu bapa kepada bayi lelaki berusia lapan bulan yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kelemak, semalam.

Berkongsikan detik hitam tersebut, bapa, Mejar Ir. Ts. Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 tahun berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam, apabila isterinya Sabrina Hakiem Zaini, 39 tahun menerima panggilan telefon daripada pihak taska yang memaklumkan anak mereka tidak sedarkan diri.

Lebih memilukan apabila kejadian itu dibongkarkan menerusi pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Pengasuh wanita yang jaga itu bedung anak, dia sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal.

“Waktu isteri sampai, anak dah terkulai dalam keadaan mulut berdarah dan muka kebiru-biruan,” kata Fikri.

🎥 Zaidi Yaacob

#bayi #tragedi #8bulan #pengasuh #kelemak #taska #viral #videoviral #melakahariini #mhi #melakatv

Views:

110 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy