Institut Kajian Tuah (IKAT) Bukti Kegemilangan Pahlawan Tersohor Melaka

26 Julai – Institut Kajian Tuah (IKAT) terus aktif menjalankan penyelidikan dan kajian berhubung sumbangan Hang Tuah yang membawa kegemilangan kepada negeri ini suatu ketika dahulu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia sekali gus mampu menarik lebih ramai pengkaji sejarah menyumbangkan idea bagi melengkapkan kajian Hang Tuah yang dilaksanakan Kerajaan Negeri menerusi Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

“Saya berharap IKAT memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan penyelidikan dalam meluruskan kebengkokan sejarah dipesongkan penjajah,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#IKAT
#InstitutKajianTuah
#Percuma
#MITC
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

27 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy