Pameran Hang Tuah Dilanjutkan: KM Taja Murid Parlimen Masjid Tanah

2 Julai – Murid-murid terpilih daripada 38 buah sekolah di dalam Parlimen Masjid Tanah akan ditaja untuk menyaksikan keunikan Pameran Hang Tuah yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Tajaan itu merupakan hadiah daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam usaha membuka mata dan minda murid serta pelajar sekolah di negeri ini.

Kata Ketua Menteri ketika Majlis Perasmian Penutupan Kembara Sejarah ProBEST@AG 2024 Daerah Alor Gajah Peringkat Parlimen Masjid Tanah, pameran yang bermula 10 Jun lalu hingga 7 Julai itu juga bakal dilanjutkan sebulan lagi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PameranHangTuah
#ParlimenMasjidTanah
#MasjidTanah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

15 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy