Pesta Pantai Kembali Julai Ini

20 Jun – Pesta Pantai Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bakal kembali tahun ini dengan menjanjikan pelbagai acara menarik kepada masyarakat dan pengunjung.

Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, ia kembali diadakan bersempena kemuncak Sambutan Hari Perbandaran Ke-21 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menurut beliau, Pantai Tanjung Bidara dipilih sebagai lokasi penganjuran, di mana pesta berkenaan dijadual berlangsung pada 14 Julai depan.

“Pelbagai program akan diadakan bersempena pesta pantai itu, antaranya sukan pantai tradisional, Tanjung Bidara Explorace, Tanjung Bidara Fun Run dan gerai jualan serta pameran.

“Kita kembalikan semula penganjuran pesta pantai ini memandangkan pantai di daerah Alor Gajah merupakan satu aset penting bukan sahaja kepada nelayan bahkan dalam sudut pelancongan bertujuan memperkenalkan lagi produk-produk yang ada dengan lebih meluas,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TanjungBidara
#PestaPantai
#MPAG
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

27 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy