CLQ Pertama Melaka Tempatkan Lebih 3,000 Pekerja Asing

10 Jun – Bangunan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) pertama di Melaka siap dibina boleh menempatkan seramai 3,264 pekerja asing khususnya sekitar Melaka Tengah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata bangunan dikenali sebagai I-Asrama ini dibina di Ayer Keroh Eco Park dan bertaraf bangunan hijau.

“Hari ini kita menyaksikan perasmian CLQ pertama di Melaka berkonsepkan Sustainable Development Goals (SDGs) di Negeri Melaka.

“Saya lihat kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah bertaraf yang boleh dibanggakan kerana menyediakan suasana penginapan berkualiti.

“Asrama ini dibina secara terancang bagi memastikan bahawa pekerja-pekerja yang menginap di sini mendapat keselesaan dalam mereka mencari rezeki di Negeri Melaka, katanya selepas Majlis Perasmian I-Asrama @ Ayer Keroh Eco Park Bangunan Asrama Berpusat (CLQ) di Zon Industri Ayer Keroh Baru, semalam.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#CLQ
#penginapanpekerja
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

16 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy