Perarakan Perahu Naga Melaka 2024 di Sungai Melaka

8 Jun – Lebih 13 kumpulan melibatkan 150 peserta dalam dan luar negara menyertai Perarakan Perahu Naga Melaka 2024 di Sungai Melaka, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, program tersebut dikategorikan dalam sub sektor pelancongan sukan yang mana ia berupaya menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Beliau berkata, Perarakan Perahu Naga 2024 itu diadakan bersempena meraikan salah satu perayaan tradisional kaum Cina.

“Ia juga merupakan satu pengiktirafan dari Negara Cina untuk mempromosikan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 bertempat di Dataran Persahabatan Malaysia-China,” katanya pada sidang media Perasmian Perarakan Perahu Naga Melaka 2024 di Banda Hilir.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#Perarakan
#Perahu
#Naga
#PerahuNaga
#visitmelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

49 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy