Lihat Artifak, Sumber Baharu Hang Tuah Di MITC Selama Sebulan

6 Jun – Orang ramai khususnya peminat sejarah dijemput hadir ke Pameran Hang Tuah yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh bermula 10 Jun hingga 7 Julai depan.

Ketua Penyelidik Kajian Memperkukuh Kewujudan Hang Tuah, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora berkata, kira-kira 20 penemuan artifak dan 20 manuskrip serta penulisan hasil kajian yang dijalankan akan dipamerkan dalam pameran berkenaan.

Menurutnya, pameran itu akan dibahagikan kepada beberapa galeri seperti kisah peribadi Pahlawan Hang Tuah dan kisah ketika era Kesultanan Melayu Melaka.

“Galeri berkaitan kisah peribadi Hang Tuah merangkumi beberapa seksyen termasuklah tentang asal-usul dan riwayat hidup, karakter atau ciri-ciri khas Hang Tuah.

“Terdapat juga filem tentang Hang Tuah dan manuskrip Hikayat Hang Tuah dari pelbagai bahasa akan dipamerkan selain turut menganjurkan simposium atau seminar berkaitan kajian yang dilaksanakan.

“Pelbagai pengisian menarik juga disusun sempena pameran itu seperti replika meriam terbesar zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu ‘Peca de Malacca’ yang ditemui di Muzium Militari Lisbon, Portugal,” katanya.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#HangTuah
#Artifak
#PERZIM
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

48 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy